Blog #001 – Kenapa ramai masih percaya vaksin?

Atas kesinambungan kepada episod provaxx vs antivaxx saya ingin mengulas bahawasanya walaupun saya dapati ramai antara kenalan saya yang sudah pun melihat video tersebut dan juga tidak komen apa-apa tentang bukti yang saya sampaikan, saya mendapati bahawasanya mereka, walaupun tahu semua agenda vaksin ini sangat ‘fishy’ dan tidak masuk akal termasuk S.O.P yang melampau di rumah-rumah ibadat dan juga booster shots yang tak berkesudahan, tetapi mereka masih mengambilnya.

Dalam pemerhatian saya, ada 3 sebab mengapa ini berlaku :

1) Lebih mudah untuk menipu orang daripada ‘convince’ orang yang mereka sebenarnya ditipu.

Otak manusia ni ‘hardwired’ untuk percaya kepada perkataan pertama daripada perkataan yang datang seterusnya. Kisah-kisah orang terdahulu telah membuktikan bahawasanya orang mudah ‘tertipu’ dengan kata-kata dan janji-janji yang manis yang menyayat ‘nafsu’ mereka. Lihat sajalah kisah atuk kita Adam a.s dan isterinya, apakah mereka tidak tertipu dengan janji-janji manis yang melibatkan ‘hawa nafsu’ mereka?

Kita pasti menang dalam melawan Covid-19 jika kita follow S.O.P dan mengambil vaksin”

“Kita dapat putuskan rangkaian Covid-19 dengan vaksin 2 dos ini”

Kita akan kembali normal selepas vaksinasi”

“Hanya 2 dos anda akan dapat pergi haji/umrah/bercuti”

Dan pelbagai lagi ayat-ayat janji manis tidak ubah seperti ayat-ayat janji manis Ash-Shaitaan dan Iblis kepada manusia.

Al-A’raaf [7:20]

Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata:

“Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal”.

Al-A’raaf [7:21]

Dan ia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata):

“Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua”.

Nah, sampai sekarang, tidak terputus-putus rangkain Covid-19 tetapi manusia masih mengambil booster shot dan juga mengamalkan S.O.P ketat. Masjid disusahkan untuk masuk dan hampir dilupakan, sampailah Allah turunkan bala banjir melalui tangan-tangan manusia (seperti penggunaan weather weapon HAARP dan Directed Energy Weapon atau D.E.W).

2) Ego adalah permasalahan besar dalam pengakuan yang diri ini sudah salah

Saya sudah beberapa kali menghadapi maki-hamun dan tuduhan seperti ‘paranoid’ dan ‘gila’ apabila saya menyampaikan sesuatu. Sampai terputus silaturahim antara keluarga terdekat, kawan-kawan, serta jiran-jiran yang saya sayangi. Sampai kakak ipar sendiri boleh refer saya ke psychiatrist untuk ‘memperbetulkan’ saya.

Apakah saya berdendam dengan mereka? Marah itu ya sebagai manusia biasa, tetapi saya tolak tepi semua dan masih lagi menyampaikan secara ikhlas. Dan jika saya membuat salah, saya perbetulkan dan saya tidak segan untuk meminta maaf kepada mereka yang menyakiti hati saya.

Tetapi, sebaliknya, saya melihat mereka yang memaki-hamun dan yang cepat sangat menghukum orang itu sebagai ‘gila’ atau ‘paranoid’, tidak pula berani meminta maaf dan memperbetulkan kesilapan mereka apabila sampai bukti yang nyata kepada mereka?

Apakah Allah telah menutup mata mereka? Ataupun Allah telah menutup hati mereka daripada memahami?

Untuk melihat kebenaran secara nyata, kita harus biasakan diri melawan ego kita yang kita merasa diri kita paling benar. Kerana Allah semestinya akan uji ‘kebenaran’ kita. Cara Allah uji adalah dengan :

a) Allah datangkan kepada anda yang suka menyampaikan kebenaran, musuh-musuh dari kalangan orang-orang yang terdekat untuk melihat sejauh mana anda boleh berpegang teguh kepada kebenaran itu.

b) Allah menggunakan orang-orang yang anda tidak suka untuk memperbetulkan diri anda untuk melihat adakah anda sanggup untuk merendahkan ego anda untuk ‘fine-tune’ kebenaran yang sedia ada daripada anda. Kerana tiada siapa yang akan dapat kebenaran yang ‘sebenar-benarnya’ melainkan Allah Al-Haq (Terpaling paling paling Benar).

Maka, apabila seseorang itu terlalu ‘yakin’ akan kebenaran dia tanpa dicabar, maka dia sudah menjadi Al-Haq. Walhal, tidak layak seorang hamba menjadi Al-Haq melainkan dia hanyalah penyampai bagi Al-Haq (Allah).

Jadi saya nak bertanya kepada kalian yang membaca,

“Apakah kebenaran anda sudah dicabar?”

Apakah kepercayaan anda kepada ‘kerajaan’ dan juga apa jua yang mereka katakan tentang Covid-19 serta semua ‘fakta-fakta’ yang mereka nyatakan tentang vaksin telah dicabar? Lihat sahaja video Provaxx vs Antivaxx, Solat Jarak Sampai Bila, dan juga 10 Mitos Circus-19, sudahkah anda mencabar fakta-fakta yang ada didalam video-video tersebut untuk mendapatkan kebenaran tentang agenda Covid-19 ini?

Sedangkan kita diturunkan ke bumi atas dasar kesombongan seorang yang dahulunya berada diatas sana (Iblis) dan dia juga menjadi asbab kepada kewujudan sifat sombong di dalam diri manusia di muka bumi ini. Kerana itu kita harus sentiasa ‘mengendalikan’ kesombongan kita supaya kita sentiasa dalam keadaan ‘sedar’ yang kita pada bila-bila masa boleh ‘kecundang’.

3) Herd mentality – Mentaliti berkelompok

Herd mentality atau mentaliti berkelompok adalah dimana anda mempercayai semua yang orang ramai percayai dengan tujuan untuk ‘asimilasi‘ dan tidak mahu ketinggalan ataupun ditinggalkan oleh orang-orang yang anda kenali.

Di dalam kes Covid-19, musuh-musuh kita telah menggunakan media sebagai cara untuk aktifkan herd mentality dalam masyarakat dunia. Kerana apabila sesuatu itu termasuk di dalam media, maka secara automatik ianya akan menjadi sesuatu yang official bagi anda.

Kerana manusia ini, ‘herd animals’ ataupun golongan yang bersekutu dan sentiasa perlu bersekutu. Itulah yang menyebabkan mereka connected secara ghaib iaitu ‘hive mind’ (ibarat handphone-handphone yang connected kepada satu cell tower). Jadi, apabila kita keluar menghadap orang ramai, kita harus sentiasa pastikan bahawa apa yang kita katakan itu, harus bertepatan dengan apa yang orang ramai percaya.

Dan apa yang orang ramai percaya adalah ‘media’.

Jikalau kita tidak berkata sepertimana orang-orang ramai percaya, maka kita akan menghadapi risiko untuk dilabel dengan label-label yang musuh kita telah sediakan iaitu

a) Antivak
b) Flat-earther
c) Teori konspirasi
d) Paranoid
e) Gila

Dan sebagainya.

Persoalan terbenak didalam hati saya,

Jika semua orang terbukti salah suatu hari nanti tentang Covid-19 dan vaksin, apakah tuduhan-tuduhan dan label-label yang mereka lemparkan itu akan berbalik kepada mereka?”

Jawapannya kemungkinan tidak, kerana golongan bersekutu bebas daripada tuduhan seperti gila dan paranoid. Masakan majoriti akan mengaku mereka gila? Kalau begitu, is the world ran by a Madman?

Oleh sebab itu, para-para Nabi dan Rasul telah dituduh gila dan paranoid oleh kaum-kaum mereka. Dan tidak pernah pula sebaliknya. Kerana orang yang berada di jalan yang benar sentiasa di dalam keadaan minoriti. Dan apabila mereka telah mendapat majoriti, tuduhan gila itu terus hilang kerana orang-orang ‘gila’ (yakni mereka yang tidak faham apa yang dikatakan para-para Nabi dan Rasul sebelum ni) telah pun join para-para Nabi dan Rasul. Takkan mereka nak kata mereka join ‘orang gila’ kan?

Surah Al-Mu’minun [64-70]

Hingga apabila Kami timpakan azab kepada orang-orang yang mewah di antara mereka maka dengan serta-merta mereka menjerit-jerit meminta tolong. [64]

(Lalu dikatakan kepada mereka): “Janganlah kamu menjerit-jerit meminta tolong pada hari ini, sesungguhnya kamu tidak akan beroleh sebarang pertolongan dari Kami. [65]

“(Kerana) sesungguhnya ayat-ayatKu telah berkali-kali dibacakan kepada kamu, dalam pada itu kamu berpaling undur ke belakang – [66]

“Dengan keadaan sombong angkuh mendustakannya, serta mencacinya dalam perbualan kamu pada malam hari”. [67]

Maka adakah mereka melakukan yang demikian kerana mereka tidak dapat memahami kata-kata ajaran (yang disampaikan kepada mereka)? Atau kerana telah datang kepada mereka sesuatu yang tidak pernah datang kepada datuk nenek mereka yang telah lalu? [68]

Atau kerana mereka tidak kenal rasul mereka, lalu mereka mengingkarinya? [69]

Atau kerana mereka mengatakan: “Adakah dia gila?” bahkan kerana Rasul mereka datang kepada mereka dengan kebenaran, dan tabiat kebanyakan mereka tidak suka kepada sebarang kebenaran. [70]

[Hati-hati, jika ada orang menyampaikan ayat-ayat Al-Qur’an, janganlah mudah kita lemparkan perkataan yang menyakiti hati mereka, kerana azab Allah itu dekat kepada pendusta ayat-ayat-Nya. Adakah banjir besar yang kita hadapi ini satu permulaan kepada azab-azab yang lebih berat?]

Banjir besar di semenanjung Malaysia. Apakah kita ingat banjir besar kaum Nuh berlaku dalam masa sehari sahaja?

Apa yang masih belum terbukti daripada teori konspirasi orang-orang gila abad ke-21?

  • Vaksin adalah bertujuan untuk depopulasi – Ini adalah kata-kata daripada Bill Gates sendiri semasa di Ted Talk 2010 sebagai salah satu cara untuk mengurangkan ‘carbon emission’. Tetapi masih belum banyak kematian yang berpunca daripada vaksin, jadi kita hold dulu ‘kebenaran’ ini untuk dicabar. Kita tunggu data kematian pada tahun hadapan (kalau kita semua masih hidup).
  • Vaksin adalah bertujuan untuk body and mind control – Baru-baru ini, Khairy Jamaluddin telah menerapkan peranti cip yang mengawal pergerakan orang-orang yang balik daripada umrah dan teknologi ini menggunakan bluetooth yang connected ke handphone kita. Tetapi orang masih meragui lagi kerana mereka tidak faham apakah vaksin ini digunakan untuk membunuh, atau mengawal orang, atau kedua-duanya? Kerana mereka belum lagi mengadakan ‘full mind and body control’, jadi kita hold dulu ‘kebenaran’ ini untuk dicabar.
  • Vaksin takkan habis dicucuk sehingga tahun 2030 – Kini yang dah 2 dos telah dilabel ‘unvaccinated’ jikalau anda tidak mengambil dos penggalak (booster shot) yang menjadikan ianya dos ke-3.

    Sementara itu Israel pula sudah masuk dos ke-4.

    Terbaru pada tarikh harini ini(28/12/21), Khairy Jamaluddin baru sahaja mengumumkan akan ada selingan 3 bulan bagi setiap dos penggalak. Ok takpe, belum lagi tahun 2030, jadi kita hold dulu ‘kebenaran’ ini untuk dicabar.
  • 5G digunakan sebagai teknologi untuk connect manusia ke alam maya. Ramai dahulu yang mengejek mereka yang mengatakan ini dengan label ‘teori konspirasi’ dan tunjuk seolah-olah 5G tu tiada kena mengena langsung dengan memasukkan manusia ke alam maya. Setelah Facebook memperkenalkan Metaverse, kini Malaysia pula telah melancarkan insiatif ‘digital nasional’ yang merangkumi rangkaian 5G, Artificial Intelligence, Virtual Reality/Augmented Reality, Smart Cities dan juga penggunaan robot.
Inisiatif Digital Nasional yang merangkumi 5G, A.I, VR/AR, dan penggunaan robot
  • Vaksin adalah gene therapy yang digunakan untuk genetic modification. Ramai buat perkataan yang konon kelakar-kelakar seperti, “done microchipping”, “done jadi zombie”, “done jadi superman”, lepas mereka cucuk vaksin. Apabila project The Great Reset 2030 telah mendedahkan(atau terdedah) bahawa antara 6 pillars of The Great Reset termasuk sekali dengan genetic modification, apakah pendapat kalian?

Jadi, sebagai kesimpulan :

  • Kebenaran itu harus ‘dicabar’ untuk membuktikan ‘kesahihannya’
  • Kebenaran itu harus bermula dengan dikatakan sebagai ‘gila’
  • Musuh tidak merancang seperti kakitangan kerajaan. Mereka melihat didepan dan dibelakang
  • Musuh tahu manusia itu mudah leka dengan kesenangan yang ‘mereka’ telah berikan kepada kita
  • Jangan biarkan kebenaran itu ‘terbukti’ apabila ianya sudah terlambat. Perlu ada usaha untuk membanterasnya secepat mungkin.
  • Allah mengajar kita untuk melihat tanda-tanda(pembuktian) bukan tunggu sehingga semuanya tamat(kiamat).

Terima kasih kerana membaca blog pertama saya,

Muhammad Azrin

www.pilhijau.com

8 Comments

  1. Depopulation bukan bunuh semua..
    Yg mati itu adalah kategori tertentu shj.
    Mens.

  2. Ingatkan the great reset ni satu underground agenda, tak sangka rupanya it is an official movement yg siap ada press conference. Rabbana atina milladun karahmatan wahaiyiklana min amrina rasyada.

    • Betul tu Paan, The Great Reset adalah agenda World Economic Forum yang melibatkan negara-negara yang sudah tandatangan perjanjian dengan mereka. Kontrak tersebut adalah dengan bertujuan negara-negara yang participate harus mengadakan ‘lockdown’ pada tahun 2020 supaya ‘stimulus package’ ataupun pakej ransangan ekonomi diberikan yang seterusnya akan membantu negara-negara tersebut dalam berpindah daripada ekonomi IR3.0 ke IR4.0 (digital transormation). Jadi Covid-19 hanyalah ‘precursor’ kepada sistem ‘singularity’ yang akan connect manusia, robot, dan artificial intelligence menjelang tahun 2030 kelak.

      Terima kasih kerana membaca.

  3. נערות ליווי בתל אביב

    Right here is the perfect blog for anyone who really wants to understand this topic. You know so much its almost hard to argue with you (not that I really will need toÖHaHa). You certainly put a new spin on a topic which has been written about for ages. Great stuff, just wonderful!

  4. romantik69.co.il

    I was pretty pleased to find this great site. I want to to thank you for ones time just for this fantastic read!! I definitely really liked every little bit of it and I have you book-marked to see new stuff in your blog.

  5. דירות דיסקרטיות בקריות

    I must thank you for the efforts you have put in penning this website. I really hope to see the same high-grade blog posts from you in the future as well. In fact, your creative writing abilities has motivated me to get my own, personal site now 😉

  6. נערות ליווי בתל אביב לבילוי משותף- Israel Lady

    The next time I read a blog, I hope that it wont fail me as much as this particular one. I mean, I know it was my choice to read through, however I genuinely believed you would have something useful to say. All I hear is a bunch of complaining about something that you can fix if you werent too busy seeking attention.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *