Manusia memerlukan deria untuk mengendalikan kehidupan seharian mereka.
Oleh sebab itu, deria menjadi asbab kepada setiap keputusan yang manusia lakukan.
Deria yang paling memberikan impak kepada manusia adalah deria pendengaran dan penglihatan.
Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur, serta Kami tetap mengujinya; oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.
Bayangkan jika anda tidak mempunyai salah satu daripada dua deria pendengaran atau penglihatan, apakah ianya akan mengubah hidup anda? Perkara ini jarang difikirkan oleh manusia.
Industri terbesar di dunia sebenarnya industri yang menggunakan serta memanipulasi dua deria tersebut. Itulah industri media. Di dalam industri media ada terbahagi kepada beberapa jenis.
- Advertising media
- Film and Entertainment
- Social media
- Sports and recreation
Inilah industri yang memakan belanja berbilion-bilion wang dan tidak ramai antara kita memahami mengapa mereka (brand-brand ternama) sanggup membelanjakan wang yang begitu besar setiap tahun semata-mata untuk mencabuli mata dan telinga anda.
Semasa saya berkerja di bidang media, awalnya saya bekerja di bidang filem dan melihat sendiri betapa stress-nya kehidupan sebagai anak seni ni semata-mata nak menghiburkan penonton di rumah. Tetapi bayarannya?
Sebagai contoh, pelakon tambahan dibayar mengikut hari, dalam RM300-400 per day untuk jual muka sahaja tanpa dialog. Atau dibayar dalam RM1000 untuk dubbing suara dalam beberapa saat (ini artis yang ternama).
Ini kerana, sebagai producer/pengeluar, mereka tahu setiap sen yang dikeluarkan itu akan membuahkan hasil yang lumayan.
Sekarang, di zaman media sosial, budak-budak bawah umur 18 tahun pun dibayar dengan harga yang melampau untuk mempromosikan produk-produk daripada brand-brand besar ini. Eksploitasi kepada rupa dan berapa ramai followers yang mereka ada menjadi semakin rancak menjelang abad ke-21.
Jadi tidakkah ramai terfikir bagaimana mereka yang menciptakan television pada awal kurun ke-19 mengetahui cara untuk eksploit deria manusia dan mengawal dunia?
Manusia itu sedar(conscious) kerana ‘deria’
– Azrin
BAGAIMANA MANUSIA MENJADI SEDAR?
Manusia itu sedar (conscious) kerana ‘deria’. Apabila mereka berinteraksi dengan dunia melalui deria-deria mereka yakni,
- Pendengaran
- Penglihatan
- Rasa lidah
- Sentuhan
- Bau
- Rasa hati (6th sense)
maka mereka menjadi sedar akan pengalaman hidup (life experience).
Pengalaman hidup yang berpaksikan 6 deria di atas membuatkan manusia identify diri mereka.
Daripada kesedaran tersebutlah yang membuatkan dunia ini bergerak. Tetapi kesedaran melalui pendengaran dan penglihatan adalah yang paling memberikan impak kepada keputusan hidup manusia. Jadi itulah sebab mengapa mereka yang terkaya di dunia cuba untuk mengawal pendengaran dan penglihatan manusia supaya pergerakan dunia dapat dikawal oleh mereka.
PEMAHAMAN TENTANG NAFS/DIRI/JIWA
Untuk memahami apa yang mereka fahami, saya harus menerangkan tentang ‘diri’ atau nafs manusia ini.
Asal manusia itu terdiri daripada satu nafs yakni diri/jiwa, dan kemudian ianya terpisah menjadi dua
Ia menciptakan kamu dari nafs yang satu, kemudian Ia menjadikan daripadanya pasangannya……..
PEMAHAMAN TENTANG JASAD
Daripada 2 nafs tersebut ianya diletakkan di dalam jasad. Perlu diketahui bahawasanya nafs atau jiwa tidak hanya wujud dalam diri manusia sahaja, bahkan ianya wujud di setiap benda yang ‘hidup’. Sebagai contoh, bukit juga ada nafs, haiwan juga ada nafs, pokok-pokok juga ada nafs, dan juga tumbuhan-tumbuhan.
Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung; tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir tidak akan melaksanakannya (berat), lalu dipikullah amanat itu oleh manusia. Sungguh, manusia itu sangat zhalim dan sangat bodoh.
Jadi sebab itulah banyak kisah-kisah para Nabi dan Rasul berkata-kata dengan pokok-pokok dan juga haiwan-haiwan, kerana semua itu bernyawa dan berkata-kata (dengan bahasa mereka tersendiri).
Maka, setelah nafs diciptakan, ianya tersimpan di alam nafs, atau alam azali (pra-manusia). Perlu diketahui bahawasanya nafs diciptakan lebih awal daripada jasad Adam.
Maka, jasad (physical body) hanyalah ‘container’ untuk mengisi ‘nafs’ atau jiwa manusia. Jasad ibarat kereta, nafs itu ibarat driver kepada kereta tersebut. Di dalam bahasa Inggeris, nafs dipanggil ‘astral body’.
PEMAHAMAN TENTANG MENGENAL DIRI (SELF-IDENTIFICATION)
Adam asalnya diciptakan tanpa nafs dan ruh(program). Setelah Rabb-Nya menyempurnakan bentuknya, maka nafs-nya diberikan supaya Adam mempunyai kehendak atau ‘free will’.
Maka, setiap kali jasad diciptakan, nafs akan datang kemudian untuk ianya betul-betul bernyawa. Rajah dibawah menunjukkan bagaimana proses manusia mempunyai self-identity.
Wahai manusia! Bertakwalah kepada Rabb-mu yang telah menciptakan kamu dari nafs(jiwa/diri) yang satu, dan menciptakan pasangannya dari diri-nya; dan dari keduanya Allah memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Bertakwalah kepada Allah yang dengan nama-Nya kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasimu.
Jadi, apakah kepentingan memahami jasad dan nafs untuk memahami media brainwashing?
Ini kerana, musuh kita juga memahami bahawasanya jasad hanyalah ibarat kereta dan nafs itulah driver-nya. Kerana itu mereka menjadikan media untuk mengawal ‘kesedaran‘ yakni consciousness manusia dengan cara memanipulasi ‘experience‘ kita. Kerana itu, Allah memperingatkan kita bahawasanya pendengaran dan penglihatan itulah ujian kita di muka bumi ini.
Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur, serta Kami tetap mengujinya; oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.
Maka timbul satu persoalan :
Ujian pendengaran dan penglihatan itu adalah ujian kepada jasad manusia, ataupun kepada nafs manusia?
Jawapannya mudah. Jikalau anda mahu mengambil lesen kereta, adakah abang driving school tersebut menguji anda(nafs) ataupun kereta anda(jasad)?
Disebabkan itu, kehidupan dan kematian tersebut dijadikan oleh Rabb untuk menguji nafs anda supaya Dia tahu siapakah antara kalian yang terbaik amalannya.
Dia lah yang telah menciptakan mati dan hidup – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun
Jadi, sebagai pemahaman mudah, kehidupan hanyalah sekadar permainan jasad, dan nafs itulah yang diuji oleh Rabb-nya.
Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?
Kepada mereka yang masih meragui, silakan melawat pusat-pusat ruqyah di serata dunia dan lihat bagaimana jasad seseorang boleh dikemudi oleh ‘nafs’ yang berbeza. Keadaan seperti kerasukan dan kesurupan menunjukkan bahawasanya jasad itu boleh dikawal oleh ‘external factors’.
CONSCIOUSNESS/KESEDARAN
Setelah kita memahami bahawasanya jasad dan nafs itu ibarat kereta dan driver-nya, kita harus memahami konsep kesedaran.
Apa yang manusia lalui didalam kehidupan mereka hanyalah pengalaman(experience) yang membentuk kesedaran(consciousness) mereka seraya membuatkan mereka mengenal diri mereka(self-identify) berdasarkan pengalaman hidup tersebut.
Sila lihat rajah dibawah
ADAM DAN ISTERINYA TIDAK MENGENAL DIRI DENGAN SEPENUHNYA SEBELUM MEMAKAN KHULDI
Ketika Adam di dalam Jannat Al-‘Adn (Garden of Eden) bersama isterinya, jasad Adam(ibarat kereta) diberikan nafs(ibarat driver kereta) yang membuatkan Adam mempunyai free-will (kebebasan memilih).
Tetapi, Adam dan isterinya seolah-olah tidak mempunyai self-conscious atau rasa malu sebelum mereka berdua memakan buah khuldi tersebut.
Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka,
sambil ia berkata:
“Tidaklah Rabb kamu berdua melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)”.
Perhatikan ayat diatas, aurat mereka telah terbuka tetapi mereka tidak merasa malu. Kemudian…
Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga.
Serta Tuhan mereka menyeru mereka:
“Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?”
Saya mendengar komentari Bible daripada pakar psikologi Kanada, Prof. Jordan B. Peterson, tentang Adam and Eve di dalam Garden of Eden.
Nampaknya dia juga berkata dengan perkataan yang lebih kurang sama ; bahawasanya di dalam Genesis (sebahagian daripada Bible) juga menunjukkan bahawa Adam and Eve berasa malu setelah memakan/mendekati pohon syurga tersebut dan memakan Apple of Eden.
KEPENTINGAN MEMAHAMI KISAH TENTANG ADAM DAN HAWA
Apa kepentingan memahami perasaan malu itu datang selepas penciptaan jasad dan nafs?
Ini menunjukkan self-consciousness, ataupun kesedaran diri hanya akan datang selepas experience ataupun pengalaman.
Sebagai contoh, seorang budak kecik yang belum baligh, mereka seolah-olah berada di dalam Garden of Eden.
Mereka memahami kata-kata, bermain-main dan hanya tahu bersuka ria. Tetapi suatu hari, setelah mereka mencapai akil baligh(dan tumbuh halqum di tekak seolah-olah kerana memakan buah khuldi), secara tiba-tiba mereka rasa sedar diri, tiba-tiba rasa malu dan ‘bernafsu’ dengan berlawanan jantina.
Jadi, apabila kita melihat rajah diatas, di bahagian consciousness itu datang selepas experience. Maksudnya, kena makan buah khuldi barulah anda conscious/sedar.
Jadi selepas nafs seorang manusia melalui beberapa pengalaman hidup, mereka bergerak kepada kesedaran baru, dan seterusnya self-identity baru.
Oleh sebab itu, mereka yang melalui beberapa pengalaman hidup yang terlalu berbeza dalam satu kehidupan, boleh menghidap penyakit MPD yakni Multiple Personality Disorder.
Sebagai contoh, saya letakkan budak berumur 1-14 tahun di dalam suasana keluarga yang beragama Islam yang sangat strict. Seterusnya apabila dia sudah mencapai umur 15 saya memasukkan dia ke sekolah yang dimana pelajarnya banyak liberal dan bergaul bebas sehingga dia habis sekolah.
Anda akan dapati, orang yang melalui two ‘extreme ends’ of lifestyle akan develop two personalities yang berbeza. Ianya akan berubah mengikut ‘stimulus’ atau trigger yang diberikan.
Sebagai contoh, kalau kita laungkan ayat Al-Qur’an, kemungkinan mereka yang mempunyai MPD tu akan berubah menjadi personaliti Islamik. Tetapi kalau kita suruh dia pergi clubbing, dia berubah menjadi personaliti liberal.
Jadi bagaimana jika generasi sekarang ni? Kerana apa yang mereka tahu kebanyakkan datang daripada gajet seperti phone dan tv? Bermaksud, media memainkan peranan yang maha penting dalam menentukan self-identity mereka.
Ini kerana, media memanipulasi experiences mereka seraya mengubah consciousness dan self-identity mereka apabila mereka mengkonsumsi-nya dengan dos yang berlebihan.
Jadi, bagaimanakah industri media berjaya mengawal pergerakan dunia? Apakah resipi mereka?
TAVISTOCK INSTITUTE, OPERATION PAPERCLIP & MK ULTRA
Untuk menjawab persoalan diatas, kita harus menyingkap dua operasi daripada musuh-musuh manusia yang dinamakan Operation Paperclip dan juga MK Ultra. Dan melihat bagaimana Tavistock Institute menggunakan semua jenis teknik-teknik yang dikaji untuk diaplikasikan di dalam media hiburan.
OPERATION PAPERCLIP
Setelah Perang Dunia kedua, manusia berlumba-lumba untuk meningkatkan kualiti ‘intelligence operation’ dan penggunaan pengintip(spy) dalam operasi-operasi reconnaissance (mengumpul data dan maklumat musuh).
Maka Operation Paperclip dilaksanakan pada tahun 1945-1949 yang dikemudi oleh Joint Intelligence Objectives Agency (JIOA).
Antara apa yang diambil daripada saintis Nazi di dalam Operation Paperclip adalah penggunaan electromagnetic waves (gelombang radio) dalam mengawal minda seseorang dan juga kajian psyops (psychological operation) yang digunakan oleh Adolf Hitler dan juga orang-orang bawahannya bagi mengawal rakyat Germany untuk dijadikan sebagai teknik ‘mass brainwashing‘.
Operation Paperclip menjadi asbab kepada pembangunan teknik-teknik brainwashing (membasuh minda) yang seterusnya digunakan dalam industri media dan hiburan yang diteruskan oleh Project Bluebird, Project Artichoke dan seterusnya MK Ultra.
MK ULTRA
MK Ultra adalah operasi kajian daripada Central Intelligence Agency(CIA) yang merupakan sambungan kepada Operation Paperclip, Project Bluebird dan juga Project Artichoke.
Sebelum saya pergi lebih jauh, saya harus menerangkan apa itu Project Bluebird dan Project Artichoke secara ringkas.
Project Artichoke – Menggunakan dadah sebagai cara untuk hipnosis subjek(manusia). Mereka menjadikan subjek menjadi amnesia (lupa) sebelum mengarahkan mereka untuk melakukan assassination (pembunuhan).
Project Bluebird – Menggunakan mereka yang sudah berada di dalam fasa hipnosis untuk dibacakan cerita-cerita palsu untuk menciptakan false memory (memori palsu) di dalam otak subjek. Di sini terciptanya kesedaran palsu (altered consciousness) yang membuatkan subjek lupa akan diri mereka yang sebenar.
MK Ultra bertujuan untuk mencipta Manchurian Candidate atau a perfect spy (yang tidak akan curang) bagi bertujuan untuk mengawal dunia menggunakan Manchurian Candidates tersebut.
Manchurian Candidate boleh datang dalam pelbagai bentuk. Ada yang menjadi ahli politik, ada yang menjadi artis(bekerja di dalam bidang hiburan), ada yang menjadi orang-orang yang ternama atau berpengaruh di dalam bidang-bidang tertentu.
Mengapa Manchurian Candidate ini penting adalah kerana apabila mereka diberikan jawatan, pangkat, harta, dan nama, mereka tidak akan lari daripada tujuan asal ‘pencipta mereka’ iaitu untuk mendominasi dunia dibelakang tabir.
Ada beberapa ramuan yang telah diadun oleh Project MK Ultra yang diambil daripada operasi-operasi sebelumnya yakni :
- Penggunaan electromagnetic waves untuk activate/deactivate bahagian di otak subjek(manusia) yang mengawal dan mengoperasi pendengaran dan penglihatan
- Penggunaan dadah dan bahan-bahan kimia yang tertentu untuk mengubah keadaan otak subjek, terutamanya menjadikan mereka lupa(An-Nas) dengan cara memory wiping (memadamkan memori manusia) untuk tujuan false memory insertion (memasukkan memori palsu)
- Membacakan cerita-cerita palsu dan juga menaburkan imej-imej di dalam skrin bagi tujuan false memory insertion kepada subjek setelah memori mereka dipadam
- Menggunakan electromagnetic waves untuk aktifkan bahagian otak yang membolehkan mereka memprogram-kan otak subjek dengan menggunakan stimulus/trigger seperti trigger keyword(kata kunci) atau trigger image.
- Meletakkan subjek di dalam controlled-environment baru yang dimana mereka akan mengalami false experience(pengalaman palsu) dan seterusnya mengubah kesedaran mereka (altered consciousness).
- Dan seterusnya setelah mereka mengulangi aktiviti baru mereka beberapa kali, subjek akan mendapat false identity (identiti palsu)
- Seterusnya menggunakan trigger keywords or trigger images untuk switch between personas. Sebagai contoh, subjek Manchurian Candidate di dunia luar ialah ahli politik ternama. Apabila mereka kembali berjumpa ‘tuan’ mereka, tuan mereka menggunakan trigger keyword untuk switch on identiti diri mereka yang asal bagi bertujuan untuk ‘report’.
Penggunaan teknik MK Ultra ini seterusnya diaplikasikan di dalam media dalam creating a mass brainwashing system menggunakan sistem media and entertainment.
Inilah kerja Tavistock Institute of Human Relations.
TAVISTOCK INSTITUTE OF HUMAN RELATIONS
Operation Paperclip, MK Ultra, Project Bluebird dan Project Artichoke, adalah sub-projects kepada Tavistock Clinic yang dijalankan oleh John Rawlings Reese dan anak muridnya Kurt Lewin.
Ditubuhkan pada tahun 1920 selepas Perang Dunia Pertama, Tavistock Clinic pada asalnya ditubuhkan bagi merawat mereka yang mengalami trauma selepas perang.
Pada tahun 1929, pengasas Tavistock Clinic, John Rawlings Reese mula mendalami dan mengkaji psychological operations (Psyop) bagi persediaan kepada Perang Dunia Ke-2.
Psyops banyak digunakan oleh tentera-tentera bagi bertujuan untuk memanipulasi minda musuh supaya mereka tertipu dan breaking down the morale of the enemy (seperti teknik Sun Tzu – The Art of War)
Penggunaan propaganda, imej poster, dan juga pengumuman radio adalah antara media-media pertama yang digunakan sebagai salah satu mass brainwashing method.
Setelah itu, John Rawlings Reese merekrut anak murid terhebatnya, Kurt Lewin untuk membangunkan psychological operations menggunakan media dengan teknik-teknik yang lebih sofistikated. Bidang ini seterusnya dinamakan Behavioral Science yang mengkaji tindakbalas manusia kepada stimulus(media).
Dengan bantuan kewangan daripada Rockefeller Foundation pada tahun 1946, Tavistock Clinic mengubah namanya kepada Tavistock Institute of Human Relations(TIHR) sebagai induk kepada mass brainwashing menggunakan media.
Disinilah bermulanya media planning dengan mengaplikasikan teknik-teknik brainwashing yang dikaji di dalam Operation Paperclip, Project Artichoke, Project Bluebird, dan MK Ultra.
Pada tahun 1948, Tavistock Institute of Human Relations menjadi salah satu agensi kepada National Health Institute (NHS) yang bertanggungjawab kepada Covid-19 plandemic pada akhir tahun 2019.
Apa yang mereka lakukan adalah menggabungkan teknologi imej, bunyi, dadah, penggunaan influencer seperti artis, rockstar dan sebagainya, serta menggunakan electromagnetic waves yang ada di television (flicker rate) untuk mengubah cara pemikiran manusia sejagat di dunia ini.
Jadi, sekalipun teknologi kita berubah menjadi semakin canggih, sebagai contoh, sekarang kita menggunakan handphone dan komputer. Tetapi konsep dan tujuan teknologi-teknologi ini diciptakan tidak akan berubah.
Yakni, untuk membasuh minda manusia dan mengubah dunia menggunakan media.
Jadi, dengan masalah yang telah dibincangkan diatas, bagaimana kita menghadapi perkara ini?
PENYUCIAN JIWA (Tazkiyatunnafs)
Pada awal penulisan ini, saya sudah menerangkan tentang nafs, jasad, dan kesedaran.
Maka dengan itu, supaya kita dapat deactivate the brainwashing daripada media, kita harus bypass atau melepasi ‘experience’ atau The Matrix yang mereka ciptakan kita melalui media and entertainment dengan cara mengenal diri kita.
Apabila anda telah selesai bypassing this experience that they have created (The Matrix) anda akan mencapai jiwa yang sebenar sepertimana anda dilahirkan ke dunia ini.
Untuk anda melepasi diri anda beyond this experience, anda perlu mengetahui apakah hijab-hijab yang menghalang anda mengenal diri anda sendiri.
Untuk mengenal diri kita, kita harus mengetahui hijab-hijab yang menghalang kita daripada mengenal diri/jiwa kita sendiri.
Hijab-hijab yang ada dalam mengenal diri adalah lapisan kepada ‘nafs’ yang sebenar. Berikut adalah lapisan-lapisan hijab tersebut :
- Harta, Isteri dan Anak-anak
- Ilmu dan sijil-sijil
- Pangkat dan pekerjaan
- Bangsa
- Keturunan
- Nama
- Rupa
Diatas adalah lapisan-lapisan yang menghalang seorang Insan untuk memahami diri-nya yang mutlak. Dan ianya ibarat pakaian-pakaian seorang Insan di muka bumi Allah ini.
Kerana itu, sebagai salah satu bentuk penyucian jiwa(tazkiyatunnafs), anda perlu menanggalkan semua pakaian-pakaian diatas, sama seperti anda menanggalkan pakaian-pakaian anda ketika anda hendak mandi(menyucikan diri).
Setelah anda menyucikan diri, anda boleh memakai semula pakaian-pakaian seorang Insan di dalam ad-Dunya ini. Dengan syarat, anda sudah mula sedar yang ini semua bukanlah diri anda yang sebenar-benarnya, hanyalah sebuah experience ataupun The Matrix.
Daripada situ anda boleh membuang influence of media and entertainment dalam membentuk identiti anda.
Jika anda berjaya melakukan apa yang diatas, hati anda akan ‘terbuka’ kepada perspektif yang benar dan anda akan mencapai anjakan paradigma atau paradigm shift.
Di dalam this new state of consciousness ataupun kesedaran baru, anda akan lebih peka dengan keadaan sekitar anda dan mampu menilai mana yang baik dan yang buruk untuk mencapai kebenaran yang sederhana.
KESIMPULAN
Media dan hiburan bukanlah diadakan tanpa sebab-sebab khusus, malah ianya tercipta atas dasar untuk mengawal ‘persepsi’ dan human experience supaya membentuk kesedaran mengikut experience yang mereka berikan melalui media dan hiburan dan seterusnya membentuk false identity yang membuatkan anda mempercayai dan bergantung sepenuhnya kepada informasi dan jamuan hiburan yang mereka berikan.
Dan cara terbaik untuk melepasi experience mereka ataupun The Matrix anda harus mengenali diri anda dengan membuang lapisan-lapisan yang menghijabi diri anda dan seterusnya mencapai anjakan paradigma dengan memahami baik dan buruk di dalam kehidupan ini supaya anda boleh mencapai kebenaran yang sederhana (the middle way).
Sebagai penutup, episod yang akan datang daripada Pil Hijau yakni Media Dah Tahu Masa Depan akan membantu anda untuk menilai apa yang benar daripada media hiburan yang mereka telah sampaikan kepada kita.
Kerana ada banyak juga perkara yang benar daripada media yang mereka letakkan di depan mata kita. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Sungguhpun di dalam banyak-banyak keburukan media itu, ada juga terselit kebaikan supaya anda mengenal-Nya dengan lebih dekat.
Terima kasih kerana membaca,
Muhammad Azrin