Blog Posts

Seringkali kita melihat masalah sosial dalam kalangan masyarakat dan kita tertanya-tanya :

“Kenapa benda ni berlaku? Macam mana dorg boleh jadi macam ni?”

Setelah saya selesai merakamkan episod Crisis of Faith, saya bersama rakan saya semasa di universiti dan juga business partner semasa kami bekerja dalam bidang film, media dan advertising , Izzat, pergi ke Starbucks yang berdekatan dengan tempat kami ber-solat Jumaat di area Cyberjaya, yakni tempat kami belajar dahulu.

Sementara saya menunggu dia order minuman, saya duduk dan tunggu di luar sambil menyaksikan pelbagai gelagat manusia dewasa kini.

Kenapa pilih Starbucks?

Jawapannya mudah : Starbucks ialah tempat yang paling sesuai untuk kita melihat keadaan dunia semasa kerana ianya tempat yang paling mudah untuk kita lihat rakyat yang berkelas biasa sehingga kelas atasan. Dan ianya juga tempat untuk kita melihat ‘student-student‘ universiti yang sepatutnya menjadi perintis masyarakat Malaysia di masa akan datang.

Di sebelah meja saya, ada sekumpulan students yang sedang berkumpul. Ada 2 wanita bertudung dan 3 lelaki. 2 daripada lelaki tersebut adalah Melayu dan seorang Sabahan.

Apa yang menarik adalah perbualan antara mereka yang sangat open dan tidak mempunyai batasan, seolah-olah mereka sedang berada di dalam scene siri Netflix.

“I tak suka kalau orang cakap I keluar dengan lelaki tu untuk duit dia, sebab tu I bayar sendiri minuman I..” – Kata wanita bertudung A.

Mereka nampaknya sedang berkenalan kemungkinan melalui dating app seperti ‘tinder’.

“I tak boleh bagitahu siapa ayah I. Biasalah, orang-orang macam kita ni kena lay-low sikit, nanti orang tau, jadi susah. Tapi I boleh bagitau yang we are from background polis”. – Kata si lelaki B.

Apabila saya perhatikan perbualan mereka, saya dapati bahawasanya masing-masing cuba untuk impress masing-masing seolah-olah mereka berada dalam satu scene yang mereka pernah nampak di kaca skrin.

Saya sebagai orang yang pernah berada di dalam era student di Cyberjaya, tidaklah asing bagi saya melihat wanita bertudung bersosial. Cuma pada era 90an dan early 2000s saya masih ingat yang wanita bertudung mempunyai sifat yang pemalu. Kini saya nampak perkara tersebut seolah-olah menjadi a thing of yesterday.

Cuba kita lihat berapa ramai artis wanita yang sosial yang kini bertudung tetapi kekal dalam kehidupan sosial seperti minum, berparti dan sebagainya, seterusnya posting gambar-gambar tersebut ke instagram. Itulah yang menyebabkan wanita yang bertudung hanyalah bertudung sebagai ‘fashion statement’ bukan lagi simbol akhlaq yang mulia ataupun menutup kemaluan (dengan berasa malu).

Jika anda bertanya kepada student-student universiti sekarang apa yang mereka lihat di dalam masa terluang mereka, mereka akan menjawab, NETFLIX.

Kita tidak boleh menafikan role NETFLIX dalam memperagakan gaya hidup baru yang lebih sosial dan tidak terkawal kepada remaja-remaja kini. Oleh sebab itu, apabila saya, sebagai pengkaji media and behavior, melihat apakah stimulus yang menjadi penyebab kepada sikap remaja-remaja dan anak-anak muda kita berubah menjadi ‘mat salleh celup’, dan saya mendapati memang mereka terikut-ikut dengan stimulus yang diberikan oleh media.


Truth is a thought, a language, a substance.
It is a thought for the lonely mind,
A language for an oppressed man,
A substance for the heart of steel,

In an age where sensibility is ‘old fashioned’,
Ignorance is the new ‘sense’,
Creating ‘non’-sensical society,
A breeding place for a flock of ‘sheep’..

They don’t realize that the sheep needs to be hoarded,

By wolves waiting on the sidelines,
To devour them as the main dish,
It’s because everyone’s being childish..

It’s like talking to a schoolboy,
Whether you’ve reminded them or you don’t,
They will still bound by mistakes,
But it’s more peaceful to be ignorant,

What is ‘ fantasy’ for them,
Is a ‘reality’ for me,
As what is infallible for me,
Is merely a fable to them.

How does it feel like to have the truth,
But living on the side of falsehood?
How does it feel like to preach the truth,
And having to defend yourself against hatred?

Ask the Prophets,
They might know a thing or two,

They said that this life is like of a traveler,
Who are resting his feet,
In transition to the next journey,
Which is the afterlife,

Such a short life, but very painful,
For those who longed for truth,
Such short life, but very blissful,
For those who lived in falsehood,

If tomorrow comes and the truth prevails,
The tables will turn, and the truth ship sails,
But as Noah and his followers have entailed,
Only those who ride the ship will be saved.


Manusia memerlukan deria untuk mengendalikan kehidupan seharian mereka.

Oleh sebab itu, deria menjadi asbab kepada setiap keputusan yang manusia lakukan.

Deria yang paling memberikan impak kepada manusia adalah deria pendengaran dan penglihatan.

76_2
Al-Insan 76:2

Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur, serta Kami tetap mengujinya; oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.

Bayangkan jika anda tidak mempunyai salah satu daripada dua deria pendengaran atau penglihatan, apakah ianya akan mengubah hidup anda? Perkara ini jarang difikirkan oleh manusia.

Industri terbesar di dunia sebenarnya industri yang menggunakan serta memanipulasi dua deria tersebut. Itulah industri media. Di dalam industri media ada terbahagi kepada beberapa jenis.

  1. Advertising media
  2. Film and Entertainment
  3. Social media
  4. Sports and recreation

Inilah industri yang memakan belanja berbilion-bilion wang dan tidak ramai antara kita memahami mengapa mereka (brand-brand ternama) sanggup membelanjakan wang yang begitu besar setiap tahun semata-mata untuk mencabuli mata dan telinga anda.

Semasa saya berkerja di bidang media, awalnya saya bekerja di bidang filem dan melihat sendiri betapa stress-nya kehidupan sebagai anak seni ni semata-mata nak menghiburkan penonton di rumah. Tetapi bayarannya?

Sebagai contoh, pelakon tambahan dibayar mengikut hari, dalam RM300-400 per day untuk jual muka sahaja tanpa dialog. Atau dibayar dalam RM1000 untuk dubbing suara dalam beberapa saat (ini artis yang ternama).

Ini kerana, sebagai producer/pengeluar, mereka tahu setiap sen yang dikeluarkan itu akan membuahkan hasil yang lumayan.

Sekarang, di zaman media sosial, budak-budak bawah umur 18 tahun pun dibayar dengan harga yang melampau untuk mempromosikan produk-produk daripada brand-brand besar ini. Eksploitasi kepada rupa dan berapa ramai followers yang mereka ada menjadi semakin rancak menjelang abad ke-21.

Jadi tidakkah ramai terfikir bagaimana mereka yang menciptakan television pada awal kurun ke-19 mengetahui cara untuk eksploit deria manusia dan mengawal dunia?

Manusia itu sedar(conscious) kerana ‘deria’

– Azrin

BAGAIMANA MANUSIA MENJADI SEDAR?

Manusia itu sedar (conscious) kerana ‘deria’. Apabila mereka berinteraksi dengan dunia melalui deria-deria mereka yakni,

  1. Pendengaran
  2. Penglihatan
  3. Rasa lidah
  4. Sentuhan
  5. Bau
  6. Rasa hati (6th sense)

maka mereka menjadi sedar akan pengalaman hidup (life experience).

Pengalaman hidup yang berpaksikan 6 deria di atas membuatkan manusia identify diri mereka.

Daripada kesedaran tersebutlah yang membuatkan dunia ini bergerak. Jadi itulah sebab mengapa mereka yang terkaya di dunia cuba untuk mengawal pendengaran dan penglihatan manusia supaya pergerakan dunia dapat dikawal oleh mereka?


Atas kesinambungan daripada episod provaxx vs antivaxx saya ingin mengulas bahawasanya walaupun saya dapati ramai antara kenalan saya yang sudah pun melihat video tersebut dan juga tidak komen apa-apa tentang bukti yang saya sampaikan, saya mendapati bahawasanya mereka, walaupun tahu semua agenda vaksin ini sangat ‘fishy’ dan tidak masuk akal termasuk S.O.P yang melampau di rumah-rumah ibadat dan juga booster shots yang tak berkesudahan, tetapi mereka masih mengambilnya.

Dalam pemerhatian saya, ada 3 sebab mengapa ini berlaku :

1) Lebih mudah untuk menipu orang daripada ‘convince’ orang yang mereka sebenarnya ditipu.

Otak manusia ni ‘hardwired’ untuk percaya kepada perkataan pertama daripada perkataan yang datang seterusnya. Kisah-kisah orang terdahulu telah membuktikan bahawasanya orang mudah ‘tertipu’ dengan kata-kata dan janji-janji yang manis yang menyayat ‘nafsu’ mereka. Lihat sajalah kisah atuk kita Adam a.s dan isterinya, apakah mereka tidak tertipu dengan janji-janji manis yang melibatkan ‘hawa nafsu’ mereka?

Kita pasti menang dalam melawan Covid-19 jika kita follow S.O.P dan mengambil vaksin”

“Kita dapat putuskan rangkaian Covid-19 dengan vaksin 2 dos ini”

Kita akan kembali normal selepas vaksinasi”

“Hanya 2 dos anda akan dapat pergi haji/umrah/bercuti”

Dan pelbagai lagi ayat-ayat janji manis tidak ubah seperti ayat-ayat janji manis Ash-Shaitaan dan Iblis kepada manusia.


Setiap apa yang ditanam pasti akan tumbuh

Jika anda menanam benih yang baik di dalam tanah yang subur, maka ianya akan lebih mudah tumbuh dengan penjagaan yang rapi.

Jika anda menanam benih yang tidak baik di tanah yang tidak subur, maka ianya tidak mudah untuk tumbuh walaupun dengan penjagaan rapi.

Jika anda tanam benih yang baik di tanah yang tidak subur. Dengan izin Allah, jika anda mengendalikan ia dengan baik dengan menyiram dan membubuh baja yang terbaik, maka ianya tetap akan tumbuh dengan baik.

Begitu juga dengan kehidupan kita, setiap perkataan yang dikeluarkan ibarat benih dan setiap yang mendengar ia ibarat tanah, kerana manusia pun asalnya dicipta daripada tanah.

Jika kita mengeluarkan benih yang baik daripada kata-kata kita, maka semestinya ia akan tumbuh menjadi baik jika si penerima itu sudah sedia mempunyai hati yang baik.

Jika kita mengeluarkan benih yang tidak baik daripada kata-kata kita (caci maki), maka ianya akan tumbuh menjadi buruk sekalipun si penerima itu mempunyai hati yang baik.

Dalam masa lebih 10 tahun saya mengamati dunia disebalik yang nyata(shadow government), saya lihat perjalanan dunia ini mengikut sebijik-sebijik seperti apa yang saya baca pada 10 tahun lepas. Membuatkan saya yakin bahawasanya akan terjadi sesuatu yang sangat besar dalam masa 1 tahun bermula 2022 ini.

Maka, kita sebagai umat Islam yang mempercayai akan hari pembalasan, haruslah terus menerus tanpa henti menanam benih-benih kebaikan dengan kata-kata yang penuh hikmah yang jika ditanam di tanah yang subur, ia mampu menumbuhkan kehijauan sekalipun di tanah yang tandus lagi rata.


Kesinambungan kepada episod Apa sebenarnya maksud surah Al-Fatihah. Saya ingin memberitahu salah satu rahsia ad-Dunya (The World), iaitu, semuanya adalah permainan(play), dan juga ianya sebagai silap mata (diversion) supaya kita ‘merasa’ bahawasanya hidup itu sebagai realiti mutlak.

Ada beberapa komponen di dalam stage (world) ini :

  1. Scripts and books (suhuf-suhuf dan kitab-kitab) – Written by Allah with His Al-Qalam (pen)
  2. Director – Allah
  3. Actors – Protagonist(baik) dan Antagonists(jahat)
  4. Guide – Malaikat dan Syaitan (yang sentiasa bersilih ganti) – Allah train mereka untuk guide
  5. Simulation/gerak-gempur/practice – alam Ruh (yang simulate ending based on present actions)

Di dalam ad-Dunya, 5 komponen ini mengatur pergerakan dunia. Tujuannya supaya kita memahami yang dunia hanyalah permainan semata-mata untuk menguji ‘amal’ kita dan mengenal Allah itu sendiri.