Blog #003 – Dunia ini sebenarnya pentas lakonan

Kesinambungan kepada episod Apa sebenarnya maksud surah Al-Fatihah. Saya ingin memberitahu salah satu rahsia ad-Dunya (The World), iaitu, semuanya adalah permainan(play), dan juga ianya sebagai silap mata (diversion) supaya kita ‘merasa’ bahawasanya hidup itu sebagai realiti mutlak.

Ada beberapa komponen di dalam stage (world) ini :

  1. Scripts and books (suhuf-suhuf dan kitab-kitab) – Written by Allah with His Al-Qalam (pen)
  2. Director – Allah
  3. Actors – Protagonist(baik) dan Antagonists(jahat)
  4. Guide – Malaikat dan Syaitan (yang sentiasa bersilih ganti) – Allah train mereka untuk guide
  5. Simulation/gerak-gempur/practice – alam Ruh (yang simulate ending based on present actions)

Di dalam ad-Dunya, 5 komponen ini mengatur pergerakan dunia. Tujuannya supaya kita memahami yang dunia hanyalah permainan semata-mata untuk menguji ‘amal’ kita dan mengenal Allah itu sendiri.

6_32
Surah Al-An’am 6:32

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan(play) dan diversi(helah) ; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?

29_64
Surah Al-‘Ankabuut 29:64

Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah permainan(play) dan diversi(helah) ; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat).

47_36
Surah Muhammad 47:36

(Ingatlah) bahawa kehidupan dunia hanyalah permainan(play) dan diversi(helah) ; dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan Ia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya).

57_20
Surah Al-Hadiid 57:20

Ketahuilah bahawa kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah permainan(play) dan diversi(helah) serta perhiasan (kemewahan), juga (bertujuan untuk) bermegah-megah di antara kamu serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Oleh kerana itu, anda melihat seolah-olah dunia ni bermain-main dengan anda. Bila anda mengejar dunia, ianya makin jauh. Sekalipun ianya didekatkan, anda dapati anda menjadi lalai dengannya. Menangis kerana harta, wanita, dan juga perkara-perkara yang sebenarnya agak kecil nak dibandingkan dengan kebaikan yang anda akan dapat apabila anda hidup dengan jujur dan tenang.

Oleh sebab itu juga, anda lihat dunia ni seolah-olah macam di-directed-by someone yakni The Director, Allah s.w.t yang berkata, ‘Action!’ iaitu KUN! maka jadilah ia (fayakun).

36_82
Surah YaaSiin 36:82

Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki sesuatu, hanyalah Ia berkata “Kun!”. Maka jadilah ia.

Sesiapa yang familiar dengan dunia pembikinan filem akan memahami apa yang saya katakan.

Kita berada dalam The Stage, iaitu ad-Dunya yang ada script(suhuf-suhuf dan kitab-kitab) yang di-tulis oleh scriptwriter (Allah bersama pena Al-Qalam), dan ada Director (Allah jugak) yang mengawasi dan mengarah malaikat-malaikat dan syaitan-syaitan (film crew, stuntmen, double actor).

Ya, kalau nak tahu, syaitan pun bawah kekuasaan Allah. Tak ada satu zarah(projection) pun yang mampu hidup di muka bumi ni tanpa izin-Nya dan tanpa hakikat fungsinya.

“Apa awak cakap? Projection? Apa maksud awak? Kita ni macam di layar perak ke?”

Ya. Itulah hakikat kehidupan.

Lihat mata awak, biji mata awak itu sama dengan bulan apabila kita zoom-in secara microscopic.

Dan bulan pula mengeluarkan cahaya yang ‘reflected’ iaitu an-Nuur dan penzahiran warna bergantung kepada refraksi iris(bulan).

Biji mata kita (Iris or Moon) sebenarnya hanyalah peranti(device) yang membantu refleksi dan refraksi cahaya
light through eye
Reflection and refraction

Maka tidak mengejutkan apabila Allah mengatakan pendengaran dan penglihatan adalah 2 komponen deria kita yang Allah berikan sebagai satu bentuk ujian.

76_2
Surah Al-Insaan 76:2

Sesungguhnya Kami telah menciptakan Al-Insan daripada air mani yang bercampur, kemudian kami mengujinya, oleh sebab itu, Kami jadikannya mendengar dan melihat.

Sebagai contoh, apabila anda melihat television, apakah anda yakin yang pelakon di dalam television tu mengetahui yang anda sedang melihat dari rumah? Apakah pelakon di dalam television itu tahu yang dia hanyalah ‘projection of lights’ yang berasal daripada dot-dot LED yang tersimpan di belakang television tersebut?

Inilah microscopic vision of LED TV, sebenarnya bentuk dia dots of Red Green Blue(RGB) bercampur je

Apakah mereka tahu? Yang mereka akan menjadi objek 2 dimensi sedangkan pada mata kita melalui television, ianya berbentuk rata.

Nampak macam rata, tapi sebenarnya a bit ‘curved’. Eh tapi orang dalam tu kan nampak 3 dimensional? Dari luar nampak 2D.

Jadi, Al-Fatihah, sebenarnya adalah Pembuka (Fatih) kepada cerita kita semua ni di Alam ini.

Saya bacakan satu-satu untuk anda :-

1_1
Bismillah Ar-Rahmanirrahim

Kita mulakan dengan nama The Director, Allah Ar-rahmanirrahim (3 nama, 1 personafikasi)

1_2
Alhamdulillahi Rabb ‘Al-‘Alamiin

Kita puji tuan(Rabb) punya stage teater(‘Al-‘Alamiin). Inilah Director kita. Alam itulah tempat(stage) kita untuk ‘perform’(amal soleh).

1_3
Ar-rahmanirrahim

Jadi nama Director teater ni Ar-rahmanirrahim. Maka tema cerita ini adalah kasih sayang

1_4
Maliki youm ad-Deen

Dialah Raja hari Ad-Deen (nanti dia akan nilai performance(amal) kita padu ke tak).

1_5
Iyyaka na’budu, wa iyyaka nasta’in

Kepada dia kita abdikan diri(patuh la Director), dan kepada dia kita meminta pertolongan. Pertolongan apa tu?

1_6
Ihdina As-Sirat Al-Mustaqim

Oh, kita meminta tolong kepada Director untuk ‘guide‘ kita macam mana kita nak perform yang terbaik supaya mencapai As-Sirat Al-Mustaqim(refer video al-Fatihah untuk explanation on As-Sirat Al-Mustaqim).

Tapi ada berapa jenis watak ada dalam perjalanan ke As-Sirat Al-Mustaqim?

1_7
Sirat alladhina an’amta ‘alaihim, ghairi Al-Maghdubi ‘alaihim, wala Ad-Dōliiin

Jadi jalan menuju As-Sirat Al-Mustaqim ada 3 golongan.

Golongan yang pertama – Yang Director(Allah) dah berikan nikmat/anugerah kepada mereka. Yang ni akan menang Oscar dengan jayanya kerana mereka berjaya mencapai As-Sirat Al-Mustaqim dengan cara yang terbaik.

Golongan yang kedua – Yang Director(Allah) dah marah kat mereka sebab dah bagi script dan buku cerita penuh. Tapi diorang pergi ubah buku cerita tu ikut selera mereka (Yahudi/Bani Israel). Kitab Talmud.

Golongan yang ketiga – Yang Director(Allah) sengaja bagi sesat. Yang ni watak yang The Director(Allah) tak marah dia, cuma director jadikan watak ini untuk menyesatkan orang yang taknak follow the guidance of Al-Qur’an untuk jadi perbandingan kepada golongan yang pertama yang follow the guidance of Al-Qur’an.

Jadi hati-hati kawan-kawan Pil Hijau sekalian. Yang watak ketiga tu, nampak macam baik, usaha mereka macam murni, kata-kata mereka macam padu. Tetapi, rupa-rupanya Director dah suruh dia menyesatkan orang.

Alamak, macam mana ni?

Jangan gusar. Ketahui, golongan ketiga ni, selalunya nampak mudah dan memudahkan sesuatu kemungkaran supaya anda semua ‘kononnya’ tak payah susah-susah nak capai As-Sirat Al-Mustaqim.

Golongan yang pertama, macam hero dalam cerita mana-mana pun, starting mesti underdog, takde orang suka, semua label jadi sesat, semua pakat nak ludah je, berada dekat buaian sorang-sorang menangis(macam cerita Naruto). Last-last, underdog wins! Tapi perjalanannya tak mudah. Memerlukan kesabaran(as-Sabr), kepercayaan (faith), dan kasih sayang (Ar-rahmanirrahim).

Jadi itulah dia, saya dah sampaikan kepada kalian. Cerita kita semua.

Jadi persoalannya, dalam 3 golongan tu, kita nak cuba follow yang mana satu?

Terima kasih daun keladi,

Muhammad Azrin

www.pilhijau.com

2 Comments

  1. Sangat bermanfaat. Analogi yang dekat dengan kehidupan dan mudah difahami.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *