Blog #002 – Setiap kebenaran yang disampaikan pasti akan tumbuh

Setiap apa yang ditanam pasti akan tumbuh

Jika anda menanam benih yang baik di dalam tanah yang subur, maka ianya akan lebih mudah tumbuh dengan penjagaan yang rapi.

Jika anda menanam benih yang tidak baik di tanah yang tidak subur, maka ianya tidak mudah untuk tumbuh walaupun dengan penjagaan rapi.

Jika anda tanam benih yang baik di tanah yang tidak subur. Dengan izin Allah, jika anda mengendalikan ia dengan baik dengan menyiram dan membubuh baja yang terbaik, maka ianya tetap akan tumbuh dengan baik.

Begitu juga dengan kehidupan kita, setiap perkataan yang dikeluarkan ibarat benih dan setiap yang mendengar ia ibarat tanah, kerana manusia pun asalnya dicipta daripada tanah.

Jika kita mengeluarkan benih yang baik daripada kata-kata kita, maka semestinya ia akan tumbuh menjadi baik jika si penerima itu sudah sedia mempunyai hati yang baik.

Jika kita mengeluarkan benih yang tidak baik daripada kata-kata kita (caci maki), maka ianya akan tumbuh menjadi buruk sekalipun si penerima itu mempunyai hati yang baik.

Dalam masa lebih 10 tahun saya mengamati dunia disebalik yang nyata(shadow government), saya lihat perjalanan dunia ini mengikut sebijik-sebijik seperti apa yang saya baca pada 10 tahun lepas. Membuatkan saya yakin bahawasanya akan terjadi sesuatu yang sangat besar dalam masa 1 tahun bermula 2022 ini.

Maka, kita sebagai umat Islam yang mempercayai akan hari pembalasan, haruslah terus menerus tanpa henti menanam benih-benih kebenaran dengan kata-kata yang penuh hikmah yang jika ditanam di tanah yang subur, ia mampu menumbuhkan kehijauan sekalipun di tanah yang tandus lagi rata.

Apa kesan dalam menyampaikan dakwah dan kebenaran?

Mungkin bagi anda yang tidak biasa berselisih pendapat dengan orang lain demi kebenaran tidak mengetahui. Kebenaran sebenarnya pada mulanya memang akan ditentang. Kemudian akan terjadi perselisihan ataupun tidak bertegur sapa antara anda dan orang yang tidak mempercayai ‘mesej’ anda. Tetapi, jika Allah membuka hatinya, akhirnya orang tersebut akan terima dan turut serta bersama anda dalam menyebarkan kebenaran tersebut.

Saya beberapa kali melihat perkara ini berlaku di dalam hidup saya. Maka, saya percaya kepada proses ‘domino effect’. Iaitu, seorang yang menyampaikan kebenaran, akan menyebabkan perubahan kepada diri seseorang yang disampaikan tersebut, dan dia pula mula menyampaikan kepada orang lain yang melalui proses yang sama. Cuma, ia perlukan ruang dan masa untuk masing-masing berfikir.

Domino Effect

Kadang-kala, kita perlu perbaiki cara kita supaya orang mudah menerima. Kadang kala, memang perlu untuk sedikit konflik untuk mencapai kebenaran kerana baik (seperti berdiam diri) itu tidak semestinya benar (berkata-kata walaupun akan menyebabkan sedikit konflik).Tetapi saya perhatikan, jika saya tidak menyampaikan apa yang saya rasa benar, maka kebenaran tu tidak akan dapat spread, yakni ‘domino effect’ yang saya katakan diatas.

Baik tidak semestinya Benar

Bantu saya sebarkan kebenaran jika anda sudah yakin

Saya meminta bantuan anda semua untuk share video ini kerana ianya betul-betul relevan dengan isu semasa yang kita hadapi.

Share di whatsapp status anda kerana saya dah cuba beberapa kali dan nampaknya orang lebih suka untuk percaya dan buka link daripada orang yang mereka kenal melalui whatsapp status.

Dan share video 10 mitos tentang Circus-19, Solat Jarak Sampai Bila serta provaxx vs antivaxx kerana ia telah menceritakan seluruh agenda mereka.

Kenapa perlu anda share?

Kerana dengan anda share video-video saya anda akan ‘menarik’ atau attract orang yang sependapat dengan anda, dan ianya akan berkembang dan terus berkembang menjadi satu komuniti yang ‘sedar‘ akan permainan dan penipuan golongan Elite.

Apakah yang akan berlaku jika anda share video-video saya dan ramai antara kawan-kawan anda sedar permainan yang berlaku?

Secara jujurnya, saya pun tak tahu.

But consider this,

If Muhammad s.a.w wasn’t hated because he spoke the truth,
then you wouldn’t know what ISLAM means.

and if Jesus wasn’t (believed to be) crucified,
then the Christians won’t be able to know how to LOVE

Setiap kebenaran yang telah disampaikan itu pasti ada harganya. Harga pengorbanan orang-orang terdahulu menjadikan anda seorang yang lebih ‘bijak’ dalam memahami realiti kehidupan. Kisah-kisah yang termaktub di dalam kitab-kitab terdahulu dan Al-Qur’an mengajarkan kita apakah kesilapan orang-orang terdahulu yang tidak sepatutnya kita ulangi lagi.

Maka dengan kebenaran tersebut, berbilion-bilion umat manusia menganuti agama-agama berlainan atas dasar perjuangan orang-orang sebelum mereka. Kita pula sebagai umat Islam, memegang sesuatu yang lebih besar, iaitu Ad-Deen Al-Islam, The Way of Life of ISLAM.

Tanpa cara hidup (ad-deen) Islam, kita tidak akan menjadi manusia yang benar. Yang mampu mengenal dan membezakan antara kegelapan dan cahaya. Mampu membezakan antara sistem Taghut dan sistem Allah.

Semuanya dibina atas dasar Al-Haq (kebenaran yang sebenar-benarnya). Tidak mungkin Taghut akan selamanya menang, dan Allah sudah berjanji dengan janji-janji yang pasti. Tetapi sayangnya, ada limit quota kepada orang-orang yang akan memegang dan menjalani apa yang Allah telah janjikan kepada kita melalui kitab-kitab suci.

Oleh sebab itu, usaha kepada kebenaran itu sentiasa berterusan wahai rakan-rakan Pil Hijau sekalian. Bukannya apabila mereka, yakni orang-orang terdahulu, telah pergi, kalian semua kembali berdiam dan anggap kebenaran itu tidak akan pernah dicabar dan diubah dengan cara licik ataupun cara yang nyata.

Ali ‘Imran 3:144

وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِ ٱلرُّسُلُۚ أَفَإِي۟ن مَّاتَ أَوْ قُتِلَ ٱنقَلَبْتُمْ عَلَىٰٓ أَعْقَٰبِكُمْۚ وَمَن يَنقَلِبْ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ فَلَن يَضُرَّ ٱللَّهَ شَيْـًٔاۗ وَسَيَجْزِى ٱللَّهُ ٱلشَّكِرِينَ

Dan Muhammad hanyalah seorang Rasul; sebelumnya telah berlalu beberapa rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang? Barangsiapa berbalik ke belakang, maka ia tidak akan merugikan Allah sedikit pun. Allah akan memberi balasan kepada orang yang bersyukur. 

Orang-orang yang membantu menyebarkan kebenaran adalah pewaris para Nabi dan Rasul yang sebenar-sebenarnya, walaupun kalian bukanlah seorang agamawan mahupun orang-orang yang tersohor di muka bumi Allah.

Jadi, bantulah Pil Hijau dengan menyebarkan video-video yang anda sudah yakin akan kebenarannya ataupun jika anda belum yakin tetapi anda dapat ‘rasa’ yang ada kebenaran di dalam video-video Pil Hijau.

Terima kasih kerana keep on supporting Pil Hijau.

Demi waktu Al-Asr’.

Sesungguhnya Al-Insan (manusia) itu di dalam kerugian.

Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh,

dan mereka yang berpesan-pesan dengan Al-Haq,

dan berpesan-pesan dengan As-Sabr.

Al-Asr [103:1-3]

Al-Quran

Yours Sincerely,

Muhammad Azrin

www.pilhijau.com

5 Comments

  1. I think this is among the most significant information for me.

    And i am glad reading your article. But wanna remark on some general things,
    The website style is ideal, the articles is really great :
    D. Good job, cheers

  2. Science essay .

  3. Excellent article. Keep posting such kind of information on your blog. Im really impressed by it.
    Hello there, You’ve performed an incredible job. I’ll certainly digg it and in my opinion suggest to my friends. I’m confident they’ll be benefited from this website.
    If you have any suggestions or techniques for my new blog free monthly calendars please share!

  4. Fabulous, what a web site it is! This web site provides helpful data to us, keep it up.
    If you should you have any recommendations or techniques for my new blog free monthly calendars please share!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *