Blog #007 : Kenapa saya tak mengundi di PRU-15?

“Jalankan tanggungjawab untuk negara dengan mengundi!”

“Nanti orang Melayu susah kalau kita tak jalankan tanggungjawab mengundi…”

“Melalak je tak guna, pergi la turun mengundi…”

“Selamatkan negara daripada korupsi dengan mengundi…”

Ayat-ayat retorik di atas sudah biasa kita dengar setiap kali menjelang Pilihanraya Umum atau General Election.

Kita akan melihat ramai yang tiba-tiba menjadi fanatik politik(dalam bahasa pasar, Palatao Politik) ketika musim pilihanraya dan media sosial pula menjadi ribut dengan posts daripada fanatik parti tertentu.

Selama saya hidup, saya dah melalui Pilihanraya Umum 7 kali dan ini kali kedua saya tidak mengundi setelah mencapai umur layak mengundi.

Saya pasti ramai diantara kalian yang membaca ini mempunyai love & hate relationship dengan dunia politik.

Dalam satu aspek anda memikirkan yang politik itu sangat diperlukan untuk stabiliti sesebuah negara.

Manakala dalam satu lagi aspek anda membenci penipuan, fanatisme, dan hipokrasi orang-orang yang terlibat dalam politik.

Tetapi atas sebab anda tidak mahu ketinggalan dan dilabel ‘tidak bertanggungjawab’ daripada orang-orang awam, terpaksalah anda turut sama mengundi. Situasi ini lebih kurang sama dengan situasi ketika musim mendapatkan vaksin dos pertama dan kedua.

Siri kali ini ingin mendedahkan mitos-mitos mengundi dan illusion of choice yang diberikan oleh shadow government (a.k.a Global Elites) kepada orang-orang awam supaya mereka percaya yang mereka mempunyai pilihan tetapi sebenarnya dunia akan bergerak ke arah yang mereka mahu sekalipun anda mengundi.

ADAKAH MENGUNDI ITU SATU TANGGUNGJAWAB?

Slogan ‘menjalankan tanggungjawab’ itu bukanlah slogan baharu apabila tiba musim mengundi, ianya digunakan di seluruh dunia sebagai salah satu bentuk ‘public shaming’ kepada mereka yang tidak mahu mengundi. Sama seperti isu kewajipan vaksin, sesiapa yang tidak vaksin akan dilabel ‘tidak bertanggungjawab’ dan juga ‘antivax’.

Rajah diatas menunjukkan slogan yang sama tetapi di Amerika Syarikat

Dalam sistem demokrasi berparlimen yang dikawal oleh Global Elites, tiada istilah menjalankan tanggungjawab untuk negara. Tetapi sebenarnya anda membantu untuk Global Elites meneruskan agenda mereka dengan teruskan mengundi.

Menerusi kenyataan di atas anda pasti tertanya-tanya,

  1. Betulkah sistem demokrasi berparlimen itu dikawal oleh Global Elites?
  2. Siapakah Global Elites sebenarnya dan perlukah kita kisah tentang mereka?
  3. Betulkah dengan mengundi kita akan membantu mereka dengan agenda mereka?

Betulkah sistem demokrasi berparlimen itu dikawal oleh Global Elites?

Rajah diatas menunjukkan dimana Kerajaan (Government) berada di dalam tampuk pemerintahan dunia.

LAPISAN PERTAMA : RAKYAT MARHAEN

Lapisan pertama dipanggil Citizens atau Rakyat Marhaen seperti kita, tidak kira sama ada anda kaya atau miskin, B40 atau T20, anda tetap berada di lapisan ini.

Kenapa?

Selagi anda tidak memasuki kelab mereka (iaitu kelab-kelab Elit), maka anda tidak mempunyai kuasa untuk menentukan pergerakan dunia.

LAPISAN KEDUA : KERAJAAN

Selepas lapisan rakyat marhaen, ada lapisan Government atau dipanggil Kerajaan.

Walaubagaimana sekalipun anda mengundi, sistem demokrasi berparlimen meletakkan Kerajaan di bawah satu lagi lapisan kuasa yang dipanggil ‘Supranational Bodies’ ataupun dipanggil Badan-badan atas kerajaan.

LAPISAN KETIGA : BADAN-BADAN SUPRANATIONAL (SUPRANATIONAL BODIES)

Di dalam lapisan ini ada badan-badan seperti World Health Organizations (WHO) yang secara terus mengawal badan-badan kesihatan seluruh dunia termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Lapisan ini adalah untuk mengawal undang-undang kesihatan dunia.

Di dalam lapisan ini juga terletaknya World Bank, International Monetary Fund (IMF), dan Bank for International Settlement (BIS), yang secara terus mengawal Bank Negara dan Bank-bank komersil seluruh dunia termasuk Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Lapisan ini dihasilkan bagi mengawal sistem kewangan seterusnya mengawal punca rezeki manusia.

Di dalam lapisan ini juga terletaknya United Nations yang mengawal dasar-dasar negara yang terikat dalam sistem demokrasi berparlimen (kecuali negara-negara BRICS atau Pro-Russia yang juga sedikit sebanyak terlibat).

Dan di dalam lapisan ini juga terdapat NATO atau North Atlantic Treaty Organization yang menentukan dasar-dasar untuk kestabilan aktiviti ketenteraan dunia termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

LAPISAN KEEMPAT : CORPORATIONS (SYARIKAT-SYARIKAT MEGA)

Lapisan ini dikawal oleh The Corporations atau syarikat-syarikat mega yang memegang hampir kesemua syarikat-syarikat besar mahupun kecil seluruh dunia melalui mergers and acquisition atau pembelian serta pemilikan saham syarikat-syarikat tersebut.

Dengan memiliki hampir kesemua syarikat-syarikat yang ada di dunia, syarikat-syarikat terbesar di dunia seperti Blackrock, Vanguard, Berkshire Hathaway, State Street, mengawal supply chains makanan, minuman dan keperluan harian seluruh dunia. The few controls the many through this method.

LAPISAN KELIMA : ELITE FORUM

Di dalam lapisan ini terkumpul segenap manusia-manusia yang paling berkuasa di dunia yang terdiri daripada kalangan business tycoon, orang-orang berpengaruh yang tidak dikenali ramai, dan juga ahli-ahli perniagaan yang terkenal.

Antara badan-badan Elite Forum ini termasuk Council on Foreign Relations (CFR), The Bilderberg Group, Rockefeller Foundation dan Trilateral Commissions (TC).

Di dalam lapisan ini juga termasuk badan-badan pemikir atau think-tank groups yang digerakkan oleh badan-badan Elite Forum diatas. Antara think-tank groups yang ternama di dunia termasuk Tavistock Institute, yang mengawal media dan RAND Corporation yang mengawal international policies.

LAPISAN KEENAM : Siapakah Global Elites sebenarnya?

Di lapisan ini sudah termasuk bidang shadow government dimana banyak spekulasi dan konspirasi serta tiada bukti yang kukuh untuk dilampirkan kepada anda. Tetapi, sepertimana mana-mana organisasi, yang diatas pasti ada seorang yang mengawal, kemudian pasti ada beberapa orang dibawah yang bertindak sebagai pembantu orang yang paling atas.

Kemungkinan besar mereka yang diatas adalah dikalangan mereka yang dipanggil The Black Nobility. Mengapa? Kerana setiap ahli Black Nobility pasti ada kena mengena dengan orang-orang yang paling berpengaruh di dunia.

Sekalipun begitu, perkara ini belum lagi penting untuk di-diskusi sekarang kerana ramai masih tidak tahu asas bagaimana kerajaan kita dikawal oleh kuasa luar.

BAGAIMANA DENGAN KUASA AGONG?

Pasti anda tertanya-tanya, jadi bagaimana pula dengan kuasa Agong dan Raja-Raja Melayu yang dikatakan sebagai benteng terakhir sistem demokrasi berparlimen?

Jika mahu tahu jawapan tersebut, jawab persoalan-persoalan ini :

  1. Adakah mereka menggunakan banking system yang disediakan Global Elites?
  2. Adakah mereka bergantung harap kepada makanan-makanan dan barang-barangan yang dikawal oleh The Corporations?

Kalau jawapannya ‘Ya’ kepada kedua-duanya, maka sudah pasti mereka juga tidak terlepas daripada cengkaman Global Elites bukan?

Betulkah dengan mengundi kita sebenarnya membantu mereka dengan agenda mereka?

Persoalan yang harus ditanya dahulu, “Apakah agenda mereka sebenarnya?”

Jawapan yang paling mudah : Lihat China.

Apabila anda melihat China, anda melihat kerajaan yang memantau setiap pergerakkan rakyat dengan menggunakan teknologi serta mempunyai kuasa untuk menarik kemudahan dan juga wang daripada rakyat yang tidak mematuhi standard of behavior yang telah ditetapkan oleh Kerajaan New World Order.

Apa itu Kerajaan New World Order?

Kita amati sendiri kata-kata Tun Dr. Mahathir Mohamad di dalam New World Order Summit bertarikh 9 Mac 2015 [1]

The New World Order (NWO)
is a ploy to overthrow
sovereign nations and democracy to
create a one – government

The Elites want to have a borderless world and
that means there will be no states and no nations,
but only a single world government ruling everyone.

Tun Dr. Mahathir Mohamad, 2015, Putrajaya

“Ya betul, memang kami faham New World Order tu mempunyai agenda jahat.

Tetapi apa pilihan lain yang kami ada selain daripada mengundi parti yang ada? “

Sebenarnya pemikiran tersebut mempunyai kelemahan kerana,

Jika anda teruskan mengundi, anda bukan sahaja memilih pemimpin, tapi anda memilih ‘SISTEM KEPIMPINAN’ iaitu sistem demokrasi berparlimen yang dikawal oleh One World Government secara terang-terangan.

JADI APA SOLUSINYA?

Solusinya anda perlu bertindak dengan pertama sekali, fahamkan asas bagaimana kerajaan kita dikawal oleh kuasa luar, kemudian, anda perlu share pengetahuan ini kepada orang ramai sebelum kemelut tahun 2023 yang dirancang oleh kuasa luar bagi menggoyahkan keamanan seluruh dunia termasuk Malaysia.

Kedua, anda perlu sertai ekonomi Islam yang dianjurkan oleh orang Islam Malaysia seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia atau PPIM dan juga badan-badan lain.

Kenapa ekonomi Islam? Ekonomi Cina tak boleh ke?

Jawapan dia boleh, tetapi kalau ada satu sistem yang paling adil, itu adalah sistem Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Maka jikalau Malaysia mahu kehadapan, orang Islam harus memegang ekonomi dahulu, baru sistem Islam boleh dibawa naik dan panji Islam ditegakkan seterusnya memberikan keadilan kepada orang-orang bukan Islam juga.

Saya pasti, selagi ekonomi kita tak dipegang oleh orang Islam itu sendiri, maka kita akan menghadapi kegagalan pada tahun 2024 dimana tahun yang mereka harapkan New World Order akan berlaku.

Captain America : New World Order akan disaksikan oleh anda pada tahun 2024

Sampai disini dahulu post saya kali ini,

Sekian,

Muhammad Azrin

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *