Blog #006 – Masalah sosial dan pengaruh media massa

PERSOALAN YANG TIADA JAWAPAN?

Seringkali kita melihat masalah sosial dalam kalangan masyarakat dan kita tertanya-tanya :

“Kenapa benda ni berlaku? Macam mana diorang boleh jadi macam ni?”

Setelah saya selesai merakamkan episod Crisis of Faith, saya bersama rakan saya semasa di universiti dan juga business partner semasa kami bekerja dalam bidang film, media dan advertising , Izzat, pergi ke Starbucks yang berdekatan dengan tempat kami ber-solat Jumaat di area Cyberjaya, yakni tempat kami belajar dahulu.

Sementara saya menunggu dia order minuman, saya duduk dan tunggu di luar sambil menyaksikan pelbagai gelagat manusia dewasa kini.

KENAPA PILIH STARBUCKS?

Jawapannya mudah : Starbucks ialah tempat yang paling sesuai untuk kita melihat keadaan dunia semasa kerana ianya tempat yang paling mudah untuk kita melihat rakyat yang berkelas biasa sehingga kelas atasan. Dan ianya juga tempat untuk kita melihat ‘student-student‘ universiti yang sepatutnya menjadi perintis masyarakat Malaysia di masa akan datang.

Di sebelah meja saya, ada sekumpulan students yang sedang berkumpul. Ada 2 wanita bertudung dan 3 lelaki. 2 daripada lelaki tersebut ialah berbangsa Melayu dan seorang lagi Sabahan.

Apa yang menarik adalah perbualan antara mereka yang sangat open dan tidak mempunyai batasan, seolah-olah mereka sedang berada di dalam scene siri Netflix.

“I tak suka kalau orang cakap I keluar dengan lelaki tu untuk duit dia, sebab tu I bayar sendiri minuman I..” – Kata wanita bertudung A.

Mereka nampaknya sedang berkenalan kemungkinan melalui dating app seperti ‘tinder’.

“I tak boleh bagitahu siapa ayah I. Biasalah, orang-orang macam kita ni kena lay-low sikit, nanti orang tau, jadi susah. Tapi I boleh bagitau yang we are from background polis”. – Kata si lelaki B.

ANAK-ANAK MUDA MENIRU APA YANG MEREKA LIHAT

Apabila saya perhatikan perbualan mereka, saya dapati bahawasanya masing-masing cuba untuk impress masing-masing seolah-olah mereka berada dalam satu scene yang mereka pernah nampak di kaca skrin.

Saya sebagai seorang yang pernah berada di dalam era sebagai student di Cyberjaya, tidaklah asing bagi saya melihat wanita bertudung bersosial. Cuma pada era 90an dan early 2000s saya masih ingat bahawa wanita bertudung mempunyai sifat pemalu. Kini saya nampak perkara tersebut seolah-olah menjadi a thing of yesterday.

Cuba kita lihat berapa ramai artis-artis wanita yang kehidupannya sangat sosial yang kini bertudung, tetapi kekal di dalam kehidupan sosial seperti minum minuman keras, berparti liar, dan sebagainya. Dan mereka seterusnya post gambar-gambar tersebut ke laman sosial instagram atau buat tiktok video. Itulah yang menyebabkan wanita yang bertudung hanyalah bertudung sebagai ‘fashion statement’ bukan lagi simbol akhlaq yang mulia ataupun menutup kemaluan (dengan berasa malu).

NETFLIX SEBAGAI PUNCA UTAMA KEROSAKAN ANAK-ANAK MUDA

Jika anda bertanya kepada student-student universiti sekarang apa yang mereka lihat di dalam masa terluang mereka, mereka akan menjawab, NETFLIX.

Kita tidak boleh menafikan role NETFLIX dalam memperagakan gaya hidup baru yang lebih sosial dan tidak terkawal kepada remaja-remaja kini. Oleh sebab itu, apabila saya, sebagai pengkaji media and behavior, melihat apakah stimulus yang menjadi penyebab kepada sikap remaja-remaja dan anak-anak muda kita berubah menjadi ‘mat salleh celup’, dan saya mendapati memang mereka terikut-ikut dengan stimulus yang diberikan oleh media.

Seperti contoh, jikalau mereka peminat anime, mereka akan berperangai seperti karakter anime.

Jikalau mereka peminat cerita korea atau KPop, mereka akan berperangai seperti fangirls.

Jikalau mereka suka Netflix, mereka akan jadi liberal dan open.

Jikalau mereka peminat bolasepak, mereka akan jadi jocks atau budak hot dan kemungkinan F***boy(untuk tahu apa itu F***boy, lihat video terbaru Pil Hijau)

Itulah sebenarnya kajian media and behavior, kita harus pastikan dan kategorikan kumpulan-kumpulan mengikut stimulus-stimulus yang diberikan.

Rajah diatas menunjukkan reaksi dan kesan kepada stimulus

BAHAN-BAHAN LUCAH YANG DINORMALISASI MENJADI TAULADAN KEPADA REMAJA-REMAJA

Bermula sekitar tahun 2012, kebanyakkan stimulus yang diberikan kepada para remaja bertukar menjadi stimulus-stimulus yang sangat dark dan juga tidak sesuai untuk umur mereka.

Seperti contoh, Netflix memberikan konten-konten yang berunsur lucah secara percuma kepada kanak-kanak seawal umur 12-13 tahun. Ya, memang ada filter untuk kanak-kanak, tetapi jarang sekali di-utilize oleh ibubapa yang melanggan Netflix.

Dahulu, zaman kami di early 2000s, nak dapatkan konten berbentuk lucah sangatlah sulit dan kualitinya tidak memuaskan. Kini, ianya dihujung jari kanak-kanak dengan kualiti full HD dengan pelakon-pelakon yang Gred A. Siapakah yang akan bertanggungjawab terhadap perkara ini?

Apa yang merisaukan bukanlah akses kepada bahan lucah tersebut, tetapi NORMALISASI kepada bahan-bahan lucah di dalam kalangan kanak-kanak.

Apabila sesuatu konten tersebut dinormalisasi, maka society will follow suit dalam mernomalisasi PERBUATAN-PERBUATAN yang mereka lihat di dalam konten-konten Netflix tersebut.

Netflix adalah normalisasi kepada industri bahan lucah kepada kanak-kanak bawah umur

Dan ini sangatlah jelas bagi saya semasa saya berada di zaman awal pekerjaaan iaitu zaman awal kewujudan Netflix, dimana kita melihat terlalu banyak pergaulan bebas dan juga kehidupan seperti mat salleh di dalam kalangan anak-anak muda Melayu.

Di dalam Netflix sendiri ada beberapa jenis konten yang tidak patut langsung masuk ke dalam tanah air kita yang menitikberatkan adab, tatasusila, hubungan lelaki dan wanita yang bersederhana, dan lebih-lebih lagi yang menitik-beratkan nilai-nilai ISLAM.

Jenis-jenis konten tersebut adalah :

  1. Siri-siri yang menormalisasikan LGBTQ atau hubungan sejenis yang terang-terang ditonjolkan
  2. Menormalisasikan seks di kalangan remaja sekolah seperti cerita Sex Education
  3. Menormalisasikan pedophilia seperti cerita Cuties yang menjadi kontroversi kepada ibubapa di barat
  4. Seks ganas yang merosakkan konsep hubungan suami isteri dan tatasusila di ranjang (ya, ada tatasusila di ranjang kalau nak tahu)

Oleh sebab itu, semasa saya berada di industri media, acapkali saya atau rakan-rakan yang lebih konservatif lain berdebat dengan rakan-rakan yang lebih liberal tentang LGBTQ, Free Sex, dan juga tentang ketuhanan.

Apa yang saya dapati, apabila mereka menjadi pelanggan Netflix yang tegar, mereka seolah-olah hilang pedoman dan lebih cenderung mengikuti pendirian mat salleh yang tidak berakhlaq.

IMPLIKASI MEDIA MASSA KEPADA MASALAH SOSIAL

Sebenarnya, mat salleh pun tepuk dahi tengok anak-anak Melayu ISLAM sekarang ni. Kerana sepertimana kita tahu, negara bukan Islam, sudahpun sedia bebas dalam pergaulan, maka antara mereka ada juga sikap bertanggungjawab dalam hubungan lelaki dan wanita.

Lihat sahaja statistik-statistik dibawah di era pra-Netflix :

Penglibatan seks luar nikah di kalangan remaja meningkat selepas era Internet yang lebih pantas pada tahun 2004

Rajah diatas menunjukkan masalah objectifying women di dalam kalangan remaja dan juga kaitannya dengan kelahiran anak luar nikah.

Jadi, apabila kita mengkaji puncanya, ianya melibatkan apa yang mereka lihat dan dengar setiap hari. Apa yang dilihat akan lebih mudah dicontohi.

Saya disini bukan hendak menyampaikan yang saya ini Malaikat yang tidak pernah melakukan kesalahan. Tetapi kita tidak seharusnya tunggu untuk kita menjadi malaikat untuk kita menegur masyarakat akan masalah yang menimpa institusi kekeluargaaan masyarakat kita sendiri. Kalau begitu, gamaknya, tiada orang berani menegur kerana kita semua pernah melakukan kesalahan.

Yang paling harus bertanggungjawab adalah kami ini yang bekerja (atau pernah bekerja) di dalam bidang media dan perfileman. Kerana kita dengan tidak sengaja, menggalakkan mereka yakni anak muda, untuk melakukan perkara-perkara yang merosakkan masyarakat.

Kebanyakkan yang membaca ini pasti pernah melalui zaman remaja dimana kita bernafsu dan tidak mempunyai cara untuk melepaskan. Pada waktu tersebut, sangat susah untuk mendapatkan contact-contact untuk melakukan perkara diatas. Kini, dengan media sosial seperti tiktok dan instagram, serta dating apps seperti tinder dan lain-lain, membuatkan akses kepada pelakuan zina atau teenage promiscuity jauh lebih mudah. Bagaimana kita harus mengawal mereka?

PERKAHWINANAN YANG DISUSAHKAN

Apabila remaja-remaja ini terlanjur, mereka memerlukan platform untuk menenangkan diri dan juga memerlukan sokongan daripada masyarakat dan juga agamawan. Memang betul, mereka melakukan kesalahan, tetapi implikasi membiarkan mereka dalam kegelapan akan menjadikan mereka dan anak di dalam kandungan mereka dalam bahaya seperti forced abortion dan juga paling teruk suicide cases yang kedua-duanya menjadi trend dewasa kini.

Dalam video Crisis of Faith, saya bersuara dengan lantang terhadap institusi agama Islam kita, kerana sebagai rakyat marhaen yang duduk di DUNIA NYATA, masalah sosial dan zina ini sangatlah berat di mata kita orang biasa yang mungkin tertutup(atau sengaja tertutup) dari mata agamawan. Seolah-olah kita semua ni malaikat yang tak bernafsu. Akhirnya, anak-anak mereka terlibat di kancah zina, siapa yang nak dipersalahkan?

Kemudian perkahwinan remaja kini semakin disusahkan oleh pihak jabatan agama, manakala zina semakin berleluasa. Apakah tindakan jabatan-jabatan agama ini wajar dalam usaha mereka meningkatkan kadar umur minima pernikahan ke 18 tahun?

Adakah itu menyelesaikan masalah? Jadi sepanjang mereka berada di umur 14-17 mereka kena jadi malaikat ke? Atau nak tunggu malaikat maut menjemputnya apabila sudah terlanjur? (yakni bunuh diri).

Ada juga kawan-kawan yang tidak bersetuju untuk divaksin, tetapi jabatan agama menambahkan syarat sah nikah kepada lengkap dua dos (kini 3 dos) vaksin Covid-19 sehingga bergaduh besar bakal pengantin atas sebab ini.

Sepatutnya kalau betul tentang nikah, maka patut lebih menekankan vaksin HIV/AIDS. Opps, HIV/AIDS tiada penawar kata mereka (di waktu penulisan ini). Sedangkan syarikat-syarikat yang dikawal Big Pharma (kongsi gelap perubatan) telah berbelanja berbilion-bilion untuk Vaksin Covid-19 (yang berjaya meningkatkan kes dan kadar jangkitan dan menggunakan varian baru sebagai alasan).

Kegagalan institusi agama dan juga perubatan adalah salah satu sebab media bebas seperti Pil Hijau dan media-media yang lain harus menyuarakan pendapat mereka dengan tegas. Bukan hanya follow the narrative yang makin menyesatkan ummat Muhammad.

APAKAH JALAN PENYELESAIAN KEPADA PERMASALAHAN INI?

Sekarang, saya pasti ramai diantara kita sudah berkahwin dan mempunyai anak-anak yang masih kecil. Adakah kita mahu mereka, yakni anak-anak kita, mengulangi kesilapan sama seperti kita malah LEBIH daripada itu? Pasti tidak bukan?

Jadi, tanggungjawab kita seharusnya bermula daripada rumah. Lihat apa yang anak-anak anda lihat setiap hari. Kerana itu menjadi contoh kepada mereka apabila mereka membesar kelak.

Cadangan saya untuk kita menangani masalah sosial di kalangan remaja dan anak-anak MUDA (bukan Parti MUDA)

  1. Mak Ayah harus peka dengan tumbesaran anak-anak secara fizikal, mental dan spiritual. JANGAN MENIDAKKAN NAFSU MEREKA. Sebaliknya, ajar mereka bagaimana nak menangani hawa nafsu dengan lebih baik. Kebanyakkan kes luar nikah berlaku dalam kalangan remaja Melayu kerana mak ayah sangat malu untuk berbincang perihal seks dan tanggungjawab dalam menangani anak dara orang dan tanggungjawab terhadap diri sendiri bagi wanita.
  2. Ceritakan pengalaman dan kesilapan sendiri kepada anak-anak. Don’t be ashamed to admit your past mistakes dan beritahu mereka apakah harapan kalian kepada mereka (untuk jadi lelaki dan wanita yang lebih baik dan benar). Beritahu anak-anak anda yang kita semua bukan malaikat, oleh sebab itu, kita harus ada pengendalian hawa nafsu. Pakar psikologi Dr Jordan Peterson mengatakan, you have to understand your capacity to become dangerous, then you’d understand how to control yourself (self-control). Jadi anak-anak harus diceritakan tentang keupayaan mereka melakukan kesilapan seperti kita, dan daripada situ mereka akan faham dan elakkan.
  3. Ajarkan anak-anak anda untuk BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap apa yang mereka lihat dan dengar. Pesan kepada mereka bahawa setiap apa yang dilihat dan didengarkan, tidak boleh ditarik balik. Kita cuma hanya boleh ‘menilai‘ dimana yang baik dan buruk. Kalau boleh, ajarkan mereka untuk ELAK melihat sesuatu yang tidak sepatutnya mereka lihat (self-observance). Dengan ini, anda meletakkan KEPERCAYAAN kepada mereka atas deria mereka sendiri instead of overly-controlling them, which can lead to different complications such as rebellion from the kids.
  4. Tengok dengan siapa mereka berkawan, disitu sudah menunjukkan refleksi diri mereka. Ajak kawan-kawannya datang ke rumah selalu, dan sentiasa menasihati mereka secara berkumpulan. Jangan malu untuk berkawan dengan budak-budak, kerana lebih besar jurang antara kanak-kanak dan orang dewasa, lebih banyak masalah sosial yang akan berlaku.
  5. Berkawanlah dengan orang-orang muda yang bijak yang boleh menasihati anak-anak anda. Saya sendiri dapati, yang mak ayah sentiasa mencari saya untuk menjadi penasihat kepada anak-anak mereka kerana perkataan yang keluar daripada orang yang lebih muda dan lebih dekat dengan mereka, lebih berkesan daripada perkataan yang keluar dari mulut mereka walaupun perkataan-perkataan yang sama. Ini kerana, orang muda akan berkata kepada yang tua, “Mak abah tak tahu apa kita lalui di zaman ni” kerana perbezaan jurang masa tersebut. Jadi dengan orang muda yang lebih dekat dengan umur mereka, mereka lebih RESPECT akan pendapatnya.
  6. Permudahkan pernikahan anak-anak. Saya sering melihat remaja-remaja dan anak-anak muda yang bermasalah dan saya bukanlah orang yang asing dengan mereka ini. Kebanyakkan rakan-rakan saya yang bermasalah, selepas mereka bernikah, auto menjadi insan berguna. Apa rahasianya? Jawapannya, TANGGUNGJAWAB. Apabila mereka memikul tanggungjawab, mereka terus menjadi manusia yang lebih peka kepada keadaan sekitar. Sebaliknya, kebanyakkan mak ayah dewasa kini lebih mementingkan anaknya untuk belajar dahulu dan dapatkan degree seterusnya masters baru boleh nikah. Tetapi tengok lah berapa ramai lelaki sudah ‘merasa’ mereka kerana mereka pun tidak mampu menahan hawa nafsu dan tidak boleh berkahwin ketika belajar. Tidakkah kita sebagai mak ayah berasa lebih malu dengan anak yang tidak menjaga kehormatan daripada anak yang tiada degree? Fikir-fikirkan.
  7. Mak ayah yang beragama Islam harus melihat sirah baginda Rasulullah s.a.w dan bandingkan dengan situasi kita kini untuk diaplikasikan. Lihatlah dizaman awal Mekah dimana masalah sosial dan hubungan luar nikah yang berleluasa dan bagaimana baginda menangani situasi tersebut dengan jayanya dengan memperkenalkan beberapa konsep baru seperti nikah, nikah khitbah/gantung(seperti dengan Saidatina Aisyah r.a), nikah 4 wanita, dan beberapa lagi konsep yang mempermudahkan nikah dan menjauhi zina.

SISI POSITIF DI DALAM MEDIA MASSA

Sebenarnya, tidak semua perkara yang ada di media massa itu memberikan bad influences.

Seperti contoh, ada juga banyak anime yang sentiasa menceritakan tentang basic human values seperti percaya kepada kebolehan diri, percaya kepada rakan-rakan yang benar, jangan berputus asa walau apa jua yang berlaku, surpass your limits, everything will be alright, dan sebagainya yang membantu banyak anak-anak muda untuk terus berjuang dalam dunia yang kian mencabar. Saya bagi contoh siri Dragon Ball Z bagi mereka hidup di era 90s dan juga Naruto kepada mereka yang menjadi remaja di zaman 2000s.

Dan ini banyak membantu juga mereka di alam pekerjaan dalam interpersonal relationship mereka bersama rakan-rakan sekerja.

Siri Dragon Ball dan Naruto banyak memberi semangat dan inspirasi kepada kanak-kanak dan remaja-remaja zamannya

Tidak lupa juga kepada industri muzik alternatif di era 90s yang walaupun artis dan band pada waktu tersebut nampak pelik tetapi mereka membawa mesej-mesej yang menunjukkan realiti kehidupan kepada remaja-remaja di era tersebut. Mesej-mesej yang sering ditonjolkan adalah mesej berbentuk kemanusiaan dan permasalahan orang muda yang mereka hadapi sebagai pedoman.

Sangatlah berbeza industri muzik kini dengan era 90an ke awal 2000 dimana muzik kita harini lebih kepada ingin mengajak anak-anak muda berzina bukan lagi untuk self-realization sepertimana muzik-muzik di era 90an. Ini topik yang saya mungkin akan lebih dalami dalam blog yang seterusnya.

Sampai disini sahaja penulisan kali ini. Saya harap penulisan ini walaupun pendek, dapat membantu mak ayah yang muda-muda di luar sana yang menghadapi anak mereka berada di dalam krisis sosial.

Sekian,
Muhammad Azrin

P/S : Saya dan rakan Pil Hijau yang juga sound engineer tersohor Malaysia, Dustin Shah, ingin mendaftarkan NGO di bawah platform Pil Hijau sebagai salah satu langkah untuk membangkitkan media yang bebas bersuara yang tidak akan dicengkam oleh orang-orang kaya yang berpengaruh dan juga pemilik media-media mainstream. Oleh sebab itu, jika anda di luar sana mempunyai cerita-cerita benar yang ingin dikongsikan kepada Pil Hijau, boleh email kepada pilhijau@gmail.com. Sekian terima kasih.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *